Assalamualaikum, sudah lama nenek tak bercerita,begitulah sibuknya nenek.
Menjelang 2014 ni,lapang sikit rasanya, bolehlah nenek terus berkongsi kisah-kisah benar dalam dunia
mistik dan rawatan nenek.
Bulan Julai 2013, dua minggu sebelum hari raya, nenek dapat panggilan telefon dari seorang kenalan, katanya ada orang kampungnya dari Pahang nak jumpa nenek.Oklah nenek tak kisah, dan terima siapapun.
Malam tu nenek tertunggu-tunggu juga sampai lewat malam masih tak tiba. Tak jadi agaknya, fikir nenek.
Menjelang jam dua pagi,sebuah kereta sampai.Nenek buka pintu walau dah lewat.Sebaik pintu dibuka, se-
orang wanita sarat hamil, lingkungan usia dua puluhan, muncul dipapah oleh seorang lelaki pertengahan usia.
Seorang lelaki mengekori mereka.
Dengan perut yang sarat membuyut, wanita itu kurus dan lemah. Tangannya menjinjing sebuah bakul sampah.Sambil menjemput mereka duduk, nenek bertanya apa tu? Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai bapa wanita itu membuka cerita. Beginilah anak saya, dia muntah darah sejak mula mengandung,dah puas mendapat rawatan doktor dan cara kampung tapi masih macam ni.
Rupa-rupanya dia sentiasa membawa bakul untuk dia muntah.Dalam bakul ada ketulan-ketulan darah. Dengan nada perlahan dan lemah , wanita muda itu bercerita. Ini bukan kali pertama Sejak hamil anak kedua dia melalui peristiwa ini. Sepanjang kehamilan anak kedua, dia muntah darah. Yang anehnya, sebaik anak itu
lahir, bayi itu meninggal dunia, dan dia akan sihat seperti biasa.Menurutnya dia dah tak sanggup lagi melalui keadaan itu, rasa lemah tidak bermaya dan rasanya hidup baginya tidak lama.
Bersimpati dengan ceritanya, nenek memberi sokongan bahawa hidup ini segala-galanya kita serah kepada Allahs.w.t.Jangan mudah berputus asa. Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan jangan lupa terus berdoa bahawa akan ada jalan penyelesaian bagi setiap dugaan yang ditempuhi. Usaha ,ikhtiar dan doa.
Nenek beri dia minum air yassin.Beberapa lama kemudian,dia agak bertenaga untuk terus bercerita.Katanya, dalam keadaan begini mujur masih ada ibu dan ayah, kerana hubungan dengan suami agak renggang bila dia mula berkeadaan begini.
Setelah membaca al Fatehah, nenek mula melihat apa yang terjadi.Dengan kebesaran Allah s.w.t yang memberi kelebihan pada nenek untuk melihat apa yang berlaku pada tubuh wanita ini, nenek terkejut lalu bertanya.Ada berurut dengan sesiapa ke sebelum ini? Sebabnya nenek melihat ada tiga makhluk di dalam
tubuhnya. Pada pengamatan nenek makhluk-makhluk ini memakan darah.
Sebagai jalan penyelesaian untuk menghalau makhluk-makhluk tersebut, nenek mandikan dia dengan air yassin supaya makhluk-makhluk itu berasa panas. Wanita itu bercerita lagi, selepas melahirkan anak pertama, ketika bayi itu berusia lima bulan,rakannya membawa dia berurut dengan seorang bidan tua di daerah nenek.Sejak dari itu anaknya mulai kerap tidak sihat sehinggalah kejadian malang itu menimpanya. Dia terpaksa berhenti kerja,apabila keadaan bertambah buruk.Suami pula mula menjauhkan diri.
Nenek memberi keyakinan kepadanya bahawa Allah masih ada dan bersama dengannya..Disaat-saat begini, Allah adalah segalanya, dan sebaiknya Dialah tempat kita bergantung.
Disebabkan dua minggu lagi dia dijangka akan melahirkan anak, nenek memberinya pesan supaya dalam tempoh itu dia tidak mengambil sebarang makanan yang berdarah seperti ikan dan daging.Dalam tempoh itu juga dia minum air yassin yang nenek bekalkan. Menjelang subuh ,dia meninggalkan rumah nenek dengan iringan doa dari nenek semoga dia tabah, dilindungi Allah dan yang penting semoga peristiwa ini merapatkan hubungannya dengan Yang Mencipta.
Masa terus berlalu,nenek dengan tanggungjawab nenek seperti biasa..
. Empat bulan kemudian,nenek didatangi tetamu wanita yang tidak dikenali,bersama keluarganya.Disebabkan tetamu nenek silih berganti nenek hampir tidak mengingati wajah mereka.
No comments:
Post a Comment