Nenek mengajak wanita itu mandi kerana menurut suaminya dah lama dia tak mandi.Akhir nenek berjaya memujuknya mandi dengan air Yassin.Setelah itu dia dan suaminya duduk di ruang tamu bersama nenek Wajah wanita itu barulah nampak berseri.Nenekpun berceritalah sambil mencungkil apakah rahsia di sebalik semua itu. Rupa-rupanya dia pernah mengalami keguguran yang semestinya memerlukan jagaan sama seperti orang lepas bersalin, tetapi diabaikan.Orang tua-tua kata meroyanlah tu.Tekanan akibat keguguran tiada tempat mengadu boleh menyebabkan seseorang berhalusinasi dan mendengar bisikan-bisikan.
Selang 2 bulan kemudian,mereka datang ke rumah nenek.Terkejut juga nenek,cantik juga wanita ni.Hanya kali ini nenek agak kecewa kerana nenek tidak suka kita begitu taksub dengan adanya gangguan saka konon dari keturunan.Bagi nenek, syaitan penuh dengan tipudaya mendakwa itu dan ini sehingga kita tertipu dan mempercayai keturunan kita membela makhluk-makhluk sebegitu sedangkan semua itu dakwaan-dakwaan syaitan untuk merosakkan hubungan sesama manusia apatahlagi umat Islam.
Pada mereka nenek berpesan,sembahyang lima waktu jangan ditinggal,percayalah kekuasaan Allah mengatasi segala dengan keyakinan yang penuh bahawa Dia menguasai alam ini.Kalau orang lain tidak mendengar biarlah nenek mengingatkan diri nenek yang serba lupa ini.Semoga Allah ampuni nenek yang sering khilaf dan lupa.
No comments:
Post a Comment