Terkejut dan menyedihkan...pengalaman yang menyentuh hati nenek sebagai wanita dan seorang ibu.Pada suatu hari nenek didatangi seorang lelaki,berumur lingkungan akhir 30an.Katanya tolonglah isterinya sakit,taktau nak buat macam mana lagi.Nenek tanya mana dia? Jawabnya dia tak boleh datang,ada di rumah sedang sakit.Nenek jawab tak apalah bawalah nenek tengok.Lebih kurang hampir sejam sampailah nenek di rumahnya.Rupanya pasangan ini tinggal di rumah pangsa tingkat 3.
Sebaik masuk ke dalam rumah,nenek tercari-cari mana isteri yang sakit.Alangkah terkejutnya nenek wanita yang dicari dalam keadaan tidak terurus hanya berkemban dan menangis meraung ke-takutan di atas katil dalam bilik sempit yang kelihatan terbiar.Nenek melihat ada sebatang rotan sebesar jari kelingking tergantung di pintu.
Nenek tanya suaminya kenapa jadi begini? Kamu tinggalkan kami, biar saya rawat.Isterinya menangis meronta-ronta sebaik melihat nenek,Nenek pujuk dia,Nenek kata nenek bukan bomoh,nenek datang nak melihat dan cuba membantu apa masalahnya.Setelah berulangkali dipujuk akhirnya dia memeluk nenek sambil menangis..tolonglah saya..tolonglah saya.Nenek bertanya rotan tu kenapa di situ.Sambil menangis dia menjawab bila dia rasa sakit,dia cuba meminta bantuan suaminya tetapi lelaki itu akan merotannya kerana katanya dia mengada-ngadakan cerita.
Tolonglah saya ,tadi ada orang ajak saya pergi, saya dah buka tingkap,mereka ajak saya terbang.Dik,kamu terlalu menderita,kamu berada dalam keadaan yang sangat tertekan,sebab itulah kamu mudah diganggu.Sebelum ni dah berubat belum? Jawabnya,dah puas mendapatkan rawatan hingga suami mengatakan dia mengada-adakan cerita.
No comments:
Post a Comment