Assalamualaikum, jumpa lagi senja ini.
Kali ini nenek nak berkongsi cerita tentang satu kes yang pernah tersiar di dada akhbar tempatan suatu ketika dahulu.
Sejauh ingatan nenek, peristiwa berlaku pada tahun 2011, seorang gadis dilaporkan hilang dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah jabatan kerajaan di negara ini.
Wajah gadis itu terpampang di dada akhbar tapi sayang masih tidak ditemui.
Seorang wanita muda datang berjumpa nenek. Dia meminta tolong bagi pihak keluarga gadis ini yang rapat dengannya. Dia meminta nenek ikhtiarkan bagaimana nak cari gadis ini. Kedua ibu bapanya amat bimbangkan keselamatannya.
Gambar gadis itu ditunjukkan kepada nenek beserta namanya. Nenek tidak boleh berbuat apa-apa. Hanya nenek katakan bahawa mudah-mudahan Allah s.w.t melindungi gadis itu.
Pada pengamatan nenek, setelah dibacakan al Fatehah , nenek dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena tentang kehilangan gadis ini.
Nenek mula menyelidiki latarbelakangnya. Dikhabarkan dia lari mengikut teman lelaki. Tapi nenek tidak percaya. Pada pandangan nenek dia dilarikan oleh teman lelakinya dan disorokkan di sebuah rumah. Nenek melihat ada beberapa orang lelaki berkulit gelap keluar masuk rumah itu....dan nenek menangis. Sebagai seorang ibu hati nenek tersentuh, remuk di hati nenek , hanya Allah yang tahu.
Wanita itu bertanya mengapa nenek menangis? Nenek menjawab nenek akan cuba membantunya keluar dari rumah itu. Nenek berpesan berjanjilah dengan nenek, kalau gadis itu pulang , janganlah ditanya apa-apa. Anggaplah segalanya sudah selesai.
Dari penyelidikan nenek, gadis itu ke tempat kerja dengan membawa sejumlah barang kemas anggaran rm 9 ribu . Nenek tahu, teman lelakinya telah mengugut gadis itu untuk menyerahkan sejumlah bayaran untuk tidak mendedahkan rakaman video lucah mereka, Gadis itu sanggup berbuat apa sahaja kerana rasa takut maruah akan tercemar Tapi sayang, lelaki berhati iblis itu bukan sahaja merampas semua barang kemasnya malah telah menjualnya kepada lelaki lain. Sebak hati nenek.
Dengan izin Allah, gadis itu dilepaskan akhirnya. Pesanan nenek mereka patuhi (tidak akan bertanyakan misteri kehilangannya). Tujuan nenek berbuat begitu supaya gadis ini diberi ruang untuk bertenang dan memulihkan emosinya. Sudah pasti dia sangat trauma dengan kejadian itu.
Pesan nenek kepada remaja di luar sana dan yang sedang berkasih, jagalah kehormatan diri. Jangan mudah membiarkan lelaki-lelaki durjana merakam sebarang aksi yang melibatkan maruah diri. Sementelah suami ataupun isteri. Dalam dunia canggih IT ini, segalanya boleh terjadi. Syukur nenek ke hadrat Ilahi. Mudah-mudahan anak cucu nenek diberi hidayah dan dilindungiNya.
No comments:
Post a Comment