Nenek mengajak wanita itu mandi kerana menurut suaminya dah lama dia tak mandi.Akhir nenek berjaya memujuknya mandi dengan air Yassin.Setelah itu dia dan suaminya duduk di ruang tamu bersama nenek Wajah wanita itu barulah nampak berseri.Nenekpun berceritalah sambil mencungkil apakah rahsia di sebalik semua itu. Rupa-rupanya dia pernah mengalami keguguran yang semestinya memerlukan jagaan sama seperti orang lepas bersalin, tetapi diabaikan.Orang tua-tua kata meroyanlah tu.Tekanan akibat keguguran tiada tempat mengadu boleh menyebabkan seseorang berhalusinasi dan mendengar bisikan-bisikan.
Selang 2 bulan kemudian,mereka datang ke rumah nenek.Terkejut juga nenek,cantik juga wanita ni.Hanya kali ini nenek agak kecewa kerana nenek tidak suka kita begitu taksub dengan adanya gangguan saka konon dari keturunan.Bagi nenek, syaitan penuh dengan tipudaya mendakwa itu dan ini sehingga kita tertipu dan mempercayai keturunan kita membela makhluk-makhluk sebegitu sedangkan semua itu dakwaan-dakwaan syaitan untuk merosakkan hubungan sesama manusia apatahlagi umat Islam.
Pada mereka nenek berpesan,sembahyang lima waktu jangan ditinggal,percayalah kekuasaan Allah mengatasi segala dengan keyakinan yang penuh bahawa Dia menguasai alam ini.Kalau orang lain tidak mendengar biarlah nenek mengingatkan diri nenek yang serba lupa ini.Semoga Allah ampuni nenek yang sering khilaf dan lupa.
Ini merupakan kisah benar utk renungan dan teladan buat sesiapa saja yang sudi membaca kisah nenek dan dunia mistik yg nenek lalui..selamat datang ke blog nenek...
Sunday, 27 January 2013
Rotan isteri yang sakit
Terkejut dan menyedihkan...pengalaman yang menyentuh hati nenek sebagai wanita dan seorang ibu.Pada suatu hari nenek didatangi seorang lelaki,berumur lingkungan akhir 30an.Katanya tolonglah isterinya sakit,taktau nak buat macam mana lagi.Nenek tanya mana dia? Jawabnya dia tak boleh datang,ada di rumah sedang sakit.Nenek jawab tak apalah bawalah nenek tengok.Lebih kurang hampir sejam sampailah nenek di rumahnya.Rupanya pasangan ini tinggal di rumah pangsa tingkat 3.
Sebaik masuk ke dalam rumah,nenek tercari-cari mana isteri yang sakit.Alangkah terkejutnya nenek wanita yang dicari dalam keadaan tidak terurus hanya berkemban dan menangis meraung ke-takutan di atas katil dalam bilik sempit yang kelihatan terbiar.Nenek melihat ada sebatang rotan sebesar jari kelingking tergantung di pintu.
Nenek tanya suaminya kenapa jadi begini? Kamu tinggalkan kami, biar saya rawat.Isterinya menangis meronta-ronta sebaik melihat nenek,Nenek pujuk dia,Nenek kata nenek bukan bomoh,nenek datang nak melihat dan cuba membantu apa masalahnya.Setelah berulangkali dipujuk akhirnya dia memeluk nenek sambil menangis..tolonglah saya..tolonglah saya.Nenek bertanya rotan tu kenapa di situ.Sambil menangis dia menjawab bila dia rasa sakit,dia cuba meminta bantuan suaminya tetapi lelaki itu akan merotannya kerana katanya dia mengada-ngadakan cerita.
Tolonglah saya ,tadi ada orang ajak saya pergi, saya dah buka tingkap,mereka ajak saya terbang.Dik,kamu terlalu menderita,kamu berada dalam keadaan yang sangat tertekan,sebab itulah kamu mudah diganggu.Sebelum ni dah berubat belum? Jawabnya,dah puas mendapatkan rawatan hingga suami mengatakan dia mengada-adakan cerita.

Sudah tertulis ketentuan qada dan qadarNya,nenek terlibat dalam dunia yang tak pernah nenek impikan sejak kecil dulu malah paling nenek benci dan jauhi.Pernah di bangku sekolah nenek beritahu pada adik,Buat apa belajar nak ubat-ubat orang ni, baik belajar matematik sains besar nanti kita juga yang senang .Alhamdulillah adik nenek tu pandai belajar sampai U nenekpun ada karier yang baik.
Kenapa ye nenek jadi begini?
Sebab nenek kasihan dan tak sampai hati lihat penderitaan dan kesusahan orang lain.Nenek cuba bantu apa termampu.Macam-macam orang datang jumpa nenek.Macam-macam masalah yang diadukan .Sampai jam 3 pagi nenek sanggup buka pintu sebab kasihan.
Sebab nenek teringat seorang kakak nenek pernah jatuh sakit.Penuh misteri nenek masih di bangku sekolah rendah kakak tu ting 5.Pada suatu hari kakak jatuh sakit.Nenek dengar dia mengadu pada ayah nenek..Aduh panjangnya..aduh pendeknya..sambil merintih kesakitan dan memegang lehernya
Percaya atau tidak pada keesokan harinya ,kakak berbogel sambil meracau-racau..dan akhirnya kakak nenek menjadi tidak siuman selama lebih 25 tahun. Kakak telah kembali ke rahmatullah 2 minggu selepas hari raya tahun lalu selepas beraya di rumah nenek.Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Ibu nenek neninggal dunia kira-kira 10 tahun yang lalu.Lima bulan sebelum itu nenek ajak dia tinggal dengan nenek,tapi dia menolak sebab kakak yang dikurung dalam bilik.Tapi hujung tahun itu tiba-tiba dia minta nenek jaga dia katanya dia sakit. Nenek pulang ke kampung dan sangat terkejut melihat keadaan ibu.Dia memberitahu ada sesuatu yang bergerak dalam tubuhnya dan dia mengaduh kesakitan.Nenek tak percaya sihir nenek baca ayat qursi dan tiga Qul,nenek terkejut sakit itu tiba-tiba hilang.Esoknya nenek bawa ibu ke hospital doktor kata angin.Malam itu tiba-tiba ibu nenek sakit teruk,nenek baca surah Yassin, ibu nenek merintih katanya panas..panas..Nenek tak sampai hati dan berhenti mengaji.Rupa-rupanya nenek silap, dan akhirnya ibu tiada lagi.Sekarang nenek mengakui ibu nenek kena sihir dan yang panas itu bukan ibu tetapi makhluk yang mengganggunya.Kalaulah nenek teruskan bacaan mungkin ibu dapat diselamatkan dari pergi dengan cara begitu tapi mungkin itu ketentuan takdir dan menginsafkan nenek untuk membantu orang yang memerlukan.

Di sini bermula...
Lebih 20 tahun yang lalu,nenek sentiasa mencari peluang dan ruang untuk belajar agama memahami erti ilmu dan amal.Kenapa nenek jadi begitu? Mungkin hidayah dari Allah walau nenek tak pernah tinggal sembahyang dan puasa malah tak lupa soal zakat.Nenek selalu berasa ibadat itu tidak cukup untuk menyelamatkan nenek di sana nanti.Maka teman-teman guru agama jadi pakar rujuk nenek dan bermulalah episod hidup nenek suka mengaji al Quran setiap malam dan berwiridlah tak kira siang dan malam .Wirid paling suka nenek lafaz ..Allahuakbar...jiwa nenek tenang,alhamdulillah
..Pada suatu malam lebih kurang jam 2 pagi,nenek berbaring atas katil sambil berwirid, tiba-tiba...nenek melihat suatu bebola api masuk melalui jejaring atas dinding bilik nenek.Terkejutnya nenek takut pun ada tetapi nenek terus berwirid.Tiba-tiba benda itu datang ke arah nenek, barulah nenek nampak rupa-rupanya benda itu kepala seorang perempuan yang membawa ususnya.Disebelah pipi kanan nenek dengar dengan jelas makhluk tu berbisik ..aduh panasnya..panasnya..Nenek lihat makhluk tu melayang-layang ketakutan dan akhirnya berlalu pergi. Allahuakbar Allah selamatkan nenek.

Nenek nak berkongsi cerita ni kisah benar tapi penuh mistik dan misteri berdasarkan pengalaman hidup nenek susah nak percaya tapi itulah realitinya yang telah nenek tempuhi. Nenek suka kehidupan yang jujur dan lurus tak pandai mengada-ngadakan cerita.Tujuan nenek supaya jadi pengajaran pada kita dan mungkin juga nenek sendiri.
Subscribe to:
Comments (Atom)