Thursday, 13 March 2014

Misteri MH 370 dan yang tersirat

Salam semua maaf dah lama nenek tidak bercerita. Sibuk juga rasanya dengan kerja seharian nenek.Hari ini nenek ingin luangkan masa untuk berkisah lagi. Itupun atas rasa tanggungjawab nenek sebagai hamba Allah yang masih diberi nafas untuk [ Berpesan-pesanlah pada kebenaran dan berpesan-pesanlah pada kesabaran].
 Terharu dan sedih dengan tragedi yang menimpa pesawat  negara. Seluruh dunia memberi perhatian dan ramai menghulur bantuan. Penghujungnya masih buntu dan pemimpin negara  berasa resah. Pelbagai usaha diguna. Solat hajat dan bacaan yassin dibuat hampir di seluruh negara memanjat doa agar ditemukan petunjuk.
 Yang tersurat sebuah kapalterbang hilang yang masih tidak dapat dijejak. Yang tersirat yang ingin nenek suarakan dari hati tulus nenek untuk dijadikan renungan bagi yang ingin memikirkan. Umat Islam akhir ini mengapa tidak bersatu. Dalam atau luar negara perpecahan di mana-mana. Pertumpahan darah kerana berbeza fahaman. Umat yang benar dihapuskan yang tinggal adalah kemunafikan yang menuju kebinasaan.
  Negara yang nenek cinta tempat anak-anak nenek berteduh. Rasa pilu dengan umat Islam kini. Masjid berdiri megah tetapi sayang menjadi gelanggang fitnah.Ustaz dan ustazah dan yang nenek sanjung para ulamak banyak yang hilang arah.Berselindung agama hati mula memuja duniawi. Al Quran sudah dijual beli Ilmu dan dakwah tanpa adanya ringgit tidak sampailah ke sasarannya.
   Berdoalah mereka memohon pertolongan Allah, sayang doa tidak kesampaian. Doa terhijab atas perbuatan mereka.
   Burung-burung, segala tumbuhan, bukit dan gunung, ikan-ikan dilautan yang sentiasa berzikir mengingati Allah, kepada mereka nenek meminta berdoalah kalian kepada Allah kerana umat manusia telah melakukan begitu banyak dosa yang menghalangi pandangan Allah kepada mereka.
 Jika tiada aral melintang insyaallah hujung minggu ini nenek akan ke pantai, melepaskan ikan ke laut dan bersedekah makanan kepada burung-burung agar makhluk ciptaan Allah itu berdoa kepada Yang Mencipta agar pesawat itu ditemukan. Insyallah